Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA
09 Disember 2011
YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai
16 Disember 2011 hingga 15 Januari 2012, melalui laman web KPM iaitu http://apps2.moe.gov.my/opsyensbpa/.
Untuk memasuki sistem SBPA YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan hanya perlu
memasukkan:-
ID Pengguna : Sila masukkan No KP anda
Katalaluan : Sila masukkan katalaluan anda sama seperti katalaluan HRMIS
Sekiranya YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS
YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin /Tuan/Puan boleh menggunakan No. KP sebagai menggantikan
ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki sistem SBPA.
2. YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh mencetak surat tawaran opsyen SBPA
setelah maklumat perkhidmatan YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan disahkan oleh
Pengurus Sumber Manusia (PSM) di agensi masing-masing.
3. Sebarang pertanyaan dan maklumbalas mengenai SBPA YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'
/ Datin/Tuan/ Puan bolehlah menghubungi talian seperti di bawah:-
Talian Helpdesk Hotline SBPA
Tel : 03-8884 7137/7189/7038
Emel :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Hotline Teknikal
Pasukan Aplikasi : 03-8316 4134/4135
Pasukan Server : 03-8316 4119/4120/4105
Emel Teknikal :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
:
Waktu Operasi : 8.30 pagi – 1.00 tengahari
: 2.00 petang – 5.30 petang
(Hari bekerja)
4. Tarikh penerimaan opsyen adalah dari 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011. Sehubungan
itu, guru-guru yang sedang bercuti penggal dikehendaki menghubungi sekolah masing-masing bagi
menguruskan opsyen SBPA dengan kadar segera.
5. Turut disertakan Frequently Asked Question (FAQ) SBPA, KPM untuk dimuat turun sebagai rujukan
YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin /Tuan/Puan.
Sekian dan terima kasih.
Muat turun
FAQ SBPA
Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam
Semua Pekeliling yang disenaraikan adalah dalam format PDF. Bagi yang tiada perisian Acrobat Reader, sila muat turun Acrobat Reader.