Makmal Bahasa Sebagai Penanda Aras Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berjaya Di Sekolah

Cetak
PDF
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti dan menyenaraikan Makmal Bahasa sebagai penanda aras kerana berjaya menggunakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah senarai Makmal Bahasa yang disenaraikan:

Kuala Lumpur

  1. SMK Bandar Baru Seri Petaling
  2. SK Bukit Pantai

Selangor

  1. SK Seksyen 19, Shah Alam
  2. SK Pelabuhan Klang

Maklumat dipetik daripada Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia

Program dan Aktiviti SMK Mambau Tahun 2011 dan 2012

Cetak
PDF
 

Sebahagian program dan aktivitil yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2011/2012 adalah seperti:

1. Majlis Penyampaian Hadiah Bulan Kecergasan 2011

2. Majlis Perlantikan Pengawas Sesi 2011 / 2012

3. Majlis Perlantikan Pustakawan SMK Mambau Sesi 2011 / 2012

4. Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih SMK Mambau 2011

5. Sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim di SMK Mambau

6. Majlis Perlantikan PRS SMK Mambau 2012

7. Sambutan Maulidurrasul Peringkat SMK Mambau

8. Bengkel Penghayatan Sajak Panitia Kesusasteraan Melayu SMK Mambau

9. Program Imam Muda Anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Mambau

10. Bengkel Teknik Belajar PMR Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKM

11. Lawatan Penanda Aras PSS (Taman Herba) dari IPRM

Untuk foto-foto illustrasi yang menarik, sila klik di sini 

Pengoperasian Standard Guru Malaysia SGM 2012

Cetak
PDF

Kepada semua warga pendidik SMK Mambau yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM sedang melaksanakan Pengoperasian Standard Guru Malaysia (SGM) kepada semua warga pendidik Malaysia. SGM menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru di samping bertindak sebagai panduan dan rujukan kepada guru dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti.

Maklum balas ini amat penting dan diperlukan oleh pihak BPG bagi tujuan merangka Program Peningkatan Profesionalisme Perguruan. Para pendidik (guru) boleh membuat penarafan kendiri dengan menjawab item-item yang terkandung dalam instrument SGM secara online.

URL :  http://apps1.moe.gov.my/sgm/index.cfm 

Tarikh akhir pengisian maklumat : 31 hb Mac 2012

Warga pendidik (guru) diminta mendaftar diri dahulu (Daftar Pengguna), kemudian login dengan menggunakan Id Pengguna dan Kata Laluan yang akan diberikan selepas proses pendaftaran dilakukan.

 


Pendaftaran Murid SAPS 2012 melalui APDM

Cetak
PDF

Kepada semua Pengetua dan Guru Besar, PK HEM,

MAKLUMAN DAN TINDAKAN

Pendaftaran murid SAPS tahun ini adalah melalui Pangkalan Data Murid. Pihak sekolah diminta

memastikan data murid diisi dengan maklumat yang tepat bagi memastikan pendaftaran murid

SAPS 2012 nanti tidak mendatangkan sebarang masalah.

BERITA TERKINI PANGKALAN DATA MURID ONLINE

Pihak sekolah diminta untuk muat turun maklumat mengenai Pengisian Pangkalan Data Murid

Online melalui pautan di dibawah.

Terima kasih.


Surat Pangkalan Data Murid Online dan manual pengguna

icon Pangkalan Data Murid ( 2012-02-08)

 

* Maklumat dipetik daripada Portal Rasmi PPD Jempol dan Jelebu.

 

 

SEKAPUR SIREH

Powered by JoomlaGadgets

Forum Perbincangan

smkm@smkmambau.net

Timetable Online

Translator Online

 
 

Sumber Terbuka

 

Hiperangkai