Bagi pihak semua warga sekolah ini, saya mengucapkan selamat melayari laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau dan terima kasih di atas kunjungan anda ke sini. Pertemuan kita ini menggambarkan kejayaan usaha kami untuk meletakkan SMK Mambau di jendela dunia yang tidak mempunyai sempadan dalam alam siber ini.

Saya berharap semua bekas pengetua, bekas guru dan bekas pelajar SMK Mambau akan dapat menjalin hubungan semula dengan sekolah lama mereka dan seterusnya memberi bantuan dan perkhidmatan dalam apa-apa bentuk sekali pun dengan menghubungi kami melaui surat elektronik atau e-mail. Kepada semua pelawat yang budiman, anda dipelawa untuk menghantar sebarang pandangan atau komen bagi membantu meningkatkan keberkesanan pegurusan pendidikan di sekolah ini. 

Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada  web master kerana berjaya menjadikan laman web sekolah ini satu kenyataan dan kepada semua yang terlibat dalam kejayaan membangunkan laman web sekolah ini.

SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB SEKOLAH KAMI.

TERIMA KASIH

 

"DETERMINATION LEADS TO SUCCESS"

 

ABD HALIM BIN MD YUNUS

Pengetua

SMK Mambau

SEKAPUR SIREH

Powered by JoomlaGadgets

Forum Perbincangan

smkm@smkmambau.net

Timetable Online

Translator Online

 
 

Sumber Terbuka

 

Hiperangkai